Hi you all sorry lambat update sibuk jaga anak. Anak? Ye anak. Dah 10 tahun kahwin baru dapat sorang anak. Macam mana? Hsg and 2 Kali IVF fail.
Part 5 ni nak cerita tak tau nak Mula dari mana? Usaha dari segi scientific dan DOA mesti jalan seiring. And of coz no 1 DOA la sebab nanti jalan kita akan dipermudahkan.
Setelah IVF ke 2 gagal. Sambil tunggu turn for the next appointment tu tiap malam saya suka dengar ceramah agama sebelum tidur. Ceramah yang saya selalu dengar dari ustaz don, ustaz kazim, ustazah norhafizah musa dan ustazah asma harun. Semua akan bagi tips yang sama untuk amalkan surah Nuh 71 ayat 10-12
Surah Nuh, Verse 10:
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.
(Melayu)
via iQuran
Surah Nuh, Verse 11:
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
(Melayu)
via iQuran
Surah Nuh, Verse 12:
وَيُمْدِدْكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).
(Melayu)
via iQuran
Jadi inila yang saya amalkan istigfar banyak kali dalam sehari. Memaafkan semua orang dan lapangkan hati.
71:10-12
Ni tips DOA yang diamalkan untuk dapat zuriat
Kena istigfar at least sehari 100 Kali
Kita ni manusia banyak buat dosa
No 1 DOA bila dah DOA baru Tuhan bukan jalan untuk berusaha
Dan ceramah ustaz don yang paling favorite saya suka dengar link ni saya boleh repeat banyak Kali setiap hari bila beliau bercerita mengenai Nabi Zakaria yang inginkan anak. Jadi saya tekad beristigfar dan juga berdoa seperti Nabi Zakaria. Ini link ceramah tersebut.
https://youtu.be/EcrCFJHshPA
Dengarkan part 1:07:00
Jadi turn yang ditunggu sudah tiba. Bila fail IVF 2 Kali Doctor suggest buat laparoscopy. Cost RM 6000. Jangan risau kesemua rawatan ni tak sakit. Bulan 11 buat laparoscopy doctor kata dia ada buang polyps. Hujung bulan 11 rasa macam nak check upt walaupun tak berharap. Sekali buat positive rasa macam tak percaya. Esok buat positive lagi. Aik macam pelik. Lepas tu nak confirm pergi Klinik dekat rumah ya memang positive. Subhanallah finally saya conceive secara natural. Alhamdulillah. Masa ni tak boleh scan lagi sebab baru sangat dalam 2 minggu memang takkan nampak pun kalau scan. Jadi terus saya buat appointment untuk jumpa doctor di hospital.
Alhamdulillah setelah 10 tahun menunggu akhirnya saya mengandung.
Kalau nak tahu proses perjalanan mengandung nanti saya cerita.
Comments
Post a Comment