Salam berkenalan dari saya Farah founder Helwa Beauty No 1 Arab Cosmetic.
Okay nak cerita journey yang panjang bermula 2011 berkahwin pada usia 28 tahun. Latar belakang period takde masalah langsung everything regular.
Cuma everytime period tu mesti sakit senggugut sangat2. Walaupun dah berkahwin sakit senggugut tu tetap sama.
So life goes on like normal until early 2014. Asyik nak terkencing saja dan selalu sakit di bahagian lower abdomen. Actually sakit ni since 2013 but it comes and go.
One day we went to Primanora Medical Center. My doctor there Doctor Nora la dia scan kata ada fibroid.
But reverse back the story since 2012 lagi I selalu gi check up kat Primanora kan sebab boleh claim company. So by that time banyak jugak supplement dia bagi for TTC.
Kira ya Doctor Nora kat Primanora ni macam my first gynecologist la.
So Dec of 2013 I scan kat Primanora dah tau kata ada fibroid so doc suggest to remove.
But remember when you have health problem always asking people around what to do and where to go?
So by Jan 2014 tu dok la tahan sakit dan always go toilet for kencing. By that time I started to ask around my colleague yang I heard buat operation something like that jugak. So 2 of my colleague went to do operation with Dr Marsita.
So depa pun bagi la nama klinik Medina kat Taman Melati. Bila I call nurse dia jawab kalau new patient bulan 4 baru boleh register. I macam alamak now baru bulan 1 nak tunggu sampai bulan 4 jenuh la nak tahan sakit.
Then I google Dr Marsita name dia ada klinik di Ampang Puteri. So I dapat buat appointment on Feb hari selasa dan dia terus cakap Khamis you kena masuk OT untuk remove fibroid you. Ni consider major operation juga, sebab apa? Japgi I citer.
Untuk orang yang tak pernah masuk hospital macam I di usia 31 tahun mestila panik kan? Tapi siapa yang pernah jumpa Dr Marsita tu tau la macam mana soothing nya dia dengan pesakit2nya. Bila you jumpa dia you akan rasa tenang.
Nasib baik la kerja dengan company kan so ada insurance. Operation kat Ampang Puteri tu telan belanja belas2 ribu jugak. So Rabu malam dah kena check in hospital and kena puasa dari jam 12 tgh malam tak boleh makan dan tak boleh minum.
Not bad la dok Ampang Puteri 1 bilik 4 orang, tapi takde orang pun. Malam tu nurse masuk ubat ikut buntut untuk keluarkan segala saki baki makanan dalam perut.
Khamis pagi jam 10 tukar baju masuk OT dan jeng jeng jeng bermula la apa benda pun aku tak tau dia start dengan cucuk dekat tangan tu tak tau apa benda dia kata untuk half asleep. So yang cucuk kat tangan tu untuk masuk ubat tidur.
Tak berakhir di situ dia cucuk plak dekat tulang belakang. Scary kan. Tapi nurse kat situ very supportive dia siap peluk lagi sebab dia tau kita takut. Apa jadi lepas cucuk tulang belakang tu? Kaki ko dah Tak rasa apa dan nak gerak pun tak boleh.
Untuk orang yang first time masuk OT macam aku ni baru tahu OT sangat sejuk macam peti ais menggigil la walau bagi selimut tebal. Maybe udara sejuk kuman tak dapat nak hidup. Nurse ada masukkan warmer bawah selimut utk rasa hangat.
So yang dia cucuk kat tangan tadi dia kata dia akan masukkan ubat tidur supaya aku tidur. I think the operation lebih kurang 4 jam dan aku lena dengan jayanya.
Lepas 4 jam terjaga rasa macam pedih2 sikit kat lower abdomen tu. Tapi doctor Marsita jahit cantik la dia kata kosmetik sikit.
Tempat cucuk kat tangan tu diganti plak dengan morphine so kalau rasa sakit picit je butang kat tangan tu supaya tak rasa sakit. So ko akan end up mamai dan flying la. Sakit tak rasa apa pun tak ingat. Morphine for 2 days so kencing pun ikut tiub. Berak takde plak sebab tak makan sangat kot.
So apa yang berjaya dibawa keluar? Uterine fibroid 600g besar tak besar la so doctor bedah 12cm jugak untuk bawak keluar. Sekali dengan endometriosis juga dia panggil dalam report tu.
Hari 3 dah boleh gerak pergi toilet semua sendiri jalan pelan2 rasa pedih tu masih ada jugak.
Sebelum balik doctor pesan jangan sapu minyak gamat, minum air gamat atau pati ikan haruan. Tak elok untuk luka operation.
Hari ke 4 balik rumah dah boleh bagi mandi kucing 4 ekor termasuk kucing jiran pun aku bagi mandi.
Doctor saran ambik madu sebab dia takut tekak kering dan batuk. Bila batuk baru operate perut memang naya la. Gelak pun ko rasa sakit ni kan pula batuk.
Bangun pun kena pelan2 mengiring. Dalam seminggu tu ko dah rasa okay sebenarnya. Yahoo doctor bagi mc 42 hari.
Selesai masalah fibroid. Jadi kepada sesiapa yang ada uterine fibroid tu jangan takut jangan risau cepat2 jumpa Doctor Marsita. Jangan la percaya ubat merapu bagai kat sosmed kata boleh hilang fibroid la kalau makan ubat itu dan ini. Kalau betul dah lama hospital tutup kot.
Lepas operate tu everytime period dah tak rasa sakit dah. Dan darah period keluar lebih banyak sebab mungkin dah takde halangan.
So yang ada period pain tu watch out la. 1:3 wanita ada fibroid. Punca fibroid tu not sure la sebab apa kan.
Saya akan cuba cari gambar fibroid saya dan upload kat sini.
Next posting saya akan share plak dekat mana saya buat rawatan IVF.
Next posting saya akan share plak dekat mana saya buat rawatan IVF.
Comments
Post a Comment