Skip to main content

TTC Journey Part 2

Setelah selesai buang fibroid seberat 600g pada Februari 2014. Masa pun berlalu begitu pantas. September 2014 saya berhenti kerja dan lebih banyak fokus kepada perniagaan.

2014 business agak bagus dan saya buka kedai baru di Pulau Pinang. Ulang alik KL-Penang hampir beberapa tahun dengan segala macam masalah perniagaan. Ya bukan senang untuk berniaga. Bab berniaga apa ni nanti saya cerita kemudian.

2015 sibuk plak join parti politik walaupun tak mendatangkan faedah langsung. Duit habis dan masa terbuang. Inilah kategori macai.

Okay back to the story pejam celik pejam celik 2016-2017 berlalu. Masa raya haji 2017 pergi beraya rumah kawan kepada suami saya. Isteri kepada kawan suami saya suggest pergi HUKM jumpa prof Hashim. 

HUKM semi-government hospital. Parking always susah. And nak buat IVF ni bukan boleh terus pergi buat je IVF, kena macam2 check dulu sebelum tu. So semua proses makan masa 6 bulan juga. Belum masuk proses untuk buat IVF lagi

Prof suggest buat HSG. Apa itu HSG?

Hysterosalpingography, also known as uterosalpingography, is a radiologic procedure to investigate the shape of the uterine cavity and the shape and patency of the fallopian tubes. This means it is a special x-ray using dye to look at the womb and Fallopian tubes.

Bahasa mudah ada cecair color biru akan disuntik masuk melalui vagina. Suntik cecair tu takde la sakit pun proses dibuat dalam keadaan sedar.

Sakit ke?

Masa masuk cecair petang tu tak sakit pun. Tapi bila belah malam perut akan start cramp, cramp yang sampai tahap nak jalan pun tak boleh. Itu la yang saya alami.

Maybe sebab tiup falopio saya tersumbat. Sebab tu rasa sakit sangat.

Is the HSG procedure painful? Many women feel some cramping, especially when the dye is injected. Women who have a blocked fallopian tube may feel intense pain. Over-the-counter pain medicines such as ibuprofen can help relieve this pain or discomfort.

Boleh mengandung ke lepas buat HSG test?

Ya sebenarnya boleh. Tapi saya tak tahu. Sebulan Lepas HSG test tu saya mengandung tapi saya tak tahu pun dan saya masih buat kerja berat angkat barang berat seperti biasa. Sampai satu tahap perut saya cramp. The next morning Saya pergi toilet nak kencing ada macam benda jatuh with a full of blood about more than 40 days.

Ya bila check hospital memang betul saya mengandung tapi dah jatuh.

Pregnancy after a hysterosalpingogram (HSG) may be more likely, depending on the cause of your infertility. At least one study found that an HSG with an oil-based contrast did significantly improve pregnancy rates in specific patients. 1 The subsequent live birth rate was likewise significantly higher.

Mahal ke HSG TEST ni?

Tak mahal langsung. Dalam 2-3 ratus rasanya. 

First step try buat HSG test and try to conceive naturally first. 

Saya buat berjaya. Cuma Saya tak expect berjaya sebab tu saya angkat barang berat dan keguguran.

Then lepas HSG tu baru la saya buat IVF kat HUKM dengan Prof Hashim. Cost dalam 10k-15k. Tapi cost ni bukan kena bayar lump sum sekali gus. Dia procedure by procedure. Yang jadi mahal tu jatuh ke ubat yang kita nak cucuk kat perut setiap hari tu untuk penghasilan telur. Ubat ni saja dalam RM5 ribu.

Dah habis certain cucuk untuk penghasilan telur baru kena pergi lagi hospital untuk proses keluarkan telur. Proses keluarkan telur ni pun makan ribu juga lebih kurang RM5 ribu. Proses ni tak sakit langsung sebab anda akan ditidurkan. Ubat tidur akan dimasukkan ikut urat di tangan. Proses dalam 2-3 jam juga. Yang lama tu preparation before and after tu you take time to wake up.

Lepas proses ambik telur tu baru la embryologist akan senyawakan dengan sperma suami. Bergantung la berapa banyak telur yg dapat dikeluarkan. Macam Saya dapat 2 saja.. jadi 2 ni disenyawakan dengan sperma dapat la 2 baby. Proses persenyawaan di luar memang 90% akan jadi.

The chances akan drop ke 30% bila embryo di masukkan ke dalam uterus menggunakan caterer. Proses ni cost dalam 2k-3k. Masa masuk tu memang sedar dan tak sakit. So kita masukkan 2 embryo sekaligus. Result boleh check dengan UPT test selepas 2 minggu. 

Frust la lepas 2 minggu result negative. Belum ada rezeki kita redha dengan ketentuan Allah.

Tapi masa balik buat IVF tu ada la nak baca Quran. Bila buka saja Quran terus Nampak ayat ni surah ke 3 ayat 6

Surah Aal-e-Imran, Verse 6:
هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الْأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَاءُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Melayu)

via iQuran

Bersambung

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey Part 1

Salam berkenalan dari saya Farah founder Helwa Beauty No 1 Arab Cosmetic. Okay nak cerita journey yang panjang bermula 2011 berkahwin pada usia 28 tahun. Latar belakang period takde masalah langsung everything regular. Cuma everytime period tu mesti sakit senggugut sangat2. Walaupun dah berkahwin sakit senggugut tu tetap sama. So life goes on like normal until early 2014. Asyik nak terkencing saja dan selalu sakit di bahagian lower abdomen. Actually sakit ni since 2013 but it comes and go. One day we went to Primanora Medical Center. My doctor there Doctor Nora la dia scan kata ada fibroid. But reverse back the story since 2012 lagi I selalu gi check up kat Primanora kan sebab boleh claim company. So by that time banyak jugak supplement dia bagi for TTC. Kira ya Doctor Nora kat Primanora ni macam my first gynecologist la. So Dec of 2013 I scan kat Primanora dah tau kata ada fibroid so doc suggest to remove. But remember when you have health problem always asking people arou

Apa nak beli dan bila nak shopping barang baby?

Memandangkan kita hidup di era Covid19 jadi semua keperluan baby kita beli atas talian sahaja. Banyak pilihan barang dan juga harga. Bila nak start shopping tu? Masuk bulan ke 5 dah boleh star shopping sebab minggu ke 17 dah boleh scan untuk kenal pasti jantina bayi. Kenapa bulan ke 5? Ye sebab bila dah tahu jantina bayi senang nak beli barangan bayi ikut color jantina bayi masing-masing. Commonly kalau baby girl color pink dan kalau baby boy color blue. Betul tak? Dan lagi satu bila shopping online ni bukan sekali beli dah boleh settle. Benda baby ni banyak benda yang kecik2. Jadi order la sehari, atau seminggu atau sebulan sedikit jadi kita takde la rasa sangat kos beli barang baby tu, tak gitu? Okay boleh tengok list apa yang nak beli untuk baby kat sini Ha banyak kan benda kecil-kecil yang nak kena beli? Saya start dari bulan ke 5 sampai sekarang nak masuk bulan ke 8 belum lagi settle. Apa benda last sekali untuk beli? Masuk bulan ke