Di musim PKP ni semua urusan dengan Pejabat Kerajaan memerlukan temujanji di atas talian.
Ramai sewaktu mengandung dah tempat slot untuk daftar kelahiran anak supaya tak lewat daftar nanti.
Kalau daftar lambat kena buat surat akuan sumpah kena bayar juga. Dan dekat sijil lahir tu akan tulis lewat daftar.
Selain itu kalau daftar lambat lebih dari 60 hari ibu bapa mesti hadir untuk proses pendaftaran.
Macam saya apa yang saya buat anak saya lahir pada hujung bulan Julai 2021, dan 1 Ogos 2021 baru saya buat pendaftaran online di link berikut
https://mytemujanji.jpn.gov.my/mytemujanjipublic/formTJPilihan.php
Saya dapat tarikh temujanji pada Nov 2021. Maksudnya lepas 6 bulan baru boleh register baby. Lama betul. Jadi saya call JPN dan mereka kata saya boleh walk in saja ke JPN selepas hari 46 dan tidak melebihi 60 hari. Jadi saya walk in saja ke JPN Jalan Duta lepas waktu lunch. Memang takde orang langsung. Urusan selesai tak sampai satu jam dan pendaftaran adalah percuma.
Apa yang perlu di bawa?
1. IC ibu bapa original dan copy
2. Sijil kahwin original dan copy
3. Surat kelahiran di hospital original dan copy
4. Buku pink original dan copy (muka depan, first check up dan check up last before deliver baby)
5. Surat temujanji online walaupun temujanji bulan Nov 2021
Jadi saya bawa semua dokumen di atas dan walk in pada hari ke 46 di JPN Jalan Duta.
Dalam tempoh 46-60 hari salah seorang dari ibu atau bapa boleh hadir. Tapi kalau dah lebih 60 hari kedua ibu bapa mesti hadir.
Comments
Post a Comment