Skip to main content

TTC Journey Part 4

Dah masuk tahun 2020, kita berada di zaman COVID-19. Saya dah dapat nama Doktor ni dah lama setahun dua sebelum ni lagi. Tapi sekarang baru ada rezeki nak pergi jumpa doktor ni sebab cost agak mahal sikit. Bila kita banyak berdoa Allah mudahkan urusan dan buka jalan untuk kita dan juga jangan lupa banyakkan bersedekah 

Sahabat saya dapat twins sepasang jumpa doktor ni. Dan dia beritahu kakaknya untuk beritahu saya supaya pergi jumpa Doktor Surinder di Thomson Medical Center Kota Damansara. Agak jauh ye untuk travel dari Ampang ke Kota Damansara dan treatment ni memang memerlukan kita untuk sentiasa berulang alik.

First time kami menjejakkan kaki ke hospital ini pada 2 July 2020. Setiap hospital tak sama cara IVF nya. Lain doktor lain caranya. Harga pun tak sama. Bila sampai hospital ni ada patient yang datang dan bersembang dengan jururawat dengan ungkapan "let's go Thomson and buy some baby". Ya memang kadar successful IVF rate di Thomson sangat tinggi. 

Kalau di HUKM costnya lebih kurang 10 ribu, di Thomson harganya boleh mencecah 20 ke 30 ribu ringgit. Bergantung kepads prosedur apa yang anda pilih.

But as usual the kos tu bukanla total lump sum kita kena bayar sekaligus. Each visit lebih kurang 5 ribu ka. Tengok juga treatment apa yang kita buat untuk hari tu.

Yang mahal tu seperti biasa la ubat untuk suntik di perut, process ambik telur Dan process massukkan telur. Each of the process lebih kurang 5 ribu ringgit plus minus.

Unfortunately this IVF pun tak berjaya. Mestila sedih, dah la spend banyak duit, masuk 2 embrio pun masih tak berjaya. Ini dah masuk tahun ke 9 perkahwinan. Jadi ada tinggal lagi satu embrio masih difrozenkan hingga saat ini. Total process buat IVF ni lebih kurang 2-3 bulan jadi we end up sampai bulan 10 la tak jadi juga IVF nya.

Bersambung part 5

Comments

Popular posts from this blog

TTC Journey Part 1

Salam berkenalan dari saya Farah founder Helwa Beauty No 1 Arab Cosmetic. Okay nak cerita journey yang panjang bermula 2011 berkahwin pada usia 28 tahun. Latar belakang period takde masalah langsung everything regular. Cuma everytime period tu mesti sakit senggugut sangat2. Walaupun dah berkahwin sakit senggugut tu tetap sama. So life goes on like normal until early 2014. Asyik nak terkencing saja dan selalu sakit di bahagian lower abdomen. Actually sakit ni since 2013 but it comes and go. One day we went to Primanora Medical Center. My doctor there Doctor Nora la dia scan kata ada fibroid. But reverse back the story since 2012 lagi I selalu gi check up kat Primanora kan sebab boleh claim company. So by that time banyak jugak supplement dia bagi for TTC. Kira ya Doctor Nora kat Primanora ni macam my first gynecologist la. So Dec of 2013 I scan kat Primanora dah tau kata ada fibroid so doc suggest to remove. But remember when you have health problem always asking people arou

TTC Journey Part 2

Setelah selesai buang fibroid seberat 600g pada Februari 2014. Masa pun berlalu begitu pantas. September 2014 saya berhenti kerja dan lebih banyak fokus kepada perniagaan. 2014 business agak bagus dan saya buka kedai baru di Pulau Pinang. Ulang alik KL-Penang hampir beberapa tahun dengan segala macam masalah perniagaan. Ya bukan senang untuk berniaga. Bab berniaga apa ni nanti saya cerita kemudian. 2015 sibuk plak join parti politik walaupun tak mendatangkan faedah langsung. Duit habis dan masa terbuang. Inilah kategori macai. Okay back to the story pejam celik pejam celik 2016-2017 berlalu. Masa raya haji 2017 pergi beraya rumah kawan kepada suami saya. Isteri kepada kawan suami saya suggest pergi HUKM jumpa prof Hashim.  HUKM semi-government hospital. Parking always susah. And nak buat IVF ni bukan boleh terus pergi buat je IVF, kena macam2 check dulu sebelum tu. So semua proses makan masa 6 bulan juga. Belum masuk proses untuk buat IVF lagi Prof suggest buat HSG. Apa itu HSG? Hyster

Apa nak beli dan bila nak shopping barang baby?

Memandangkan kita hidup di era Covid19 jadi semua keperluan baby kita beli atas talian sahaja. Banyak pilihan barang dan juga harga. Bila nak start shopping tu? Masuk bulan ke 5 dah boleh star shopping sebab minggu ke 17 dah boleh scan untuk kenal pasti jantina bayi. Kenapa bulan ke 5? Ye sebab bila dah tahu jantina bayi senang nak beli barangan bayi ikut color jantina bayi masing-masing. Commonly kalau baby girl color pink dan kalau baby boy color blue. Betul tak? Dan lagi satu bila shopping online ni bukan sekali beli dah boleh settle. Benda baby ni banyak benda yang kecik2. Jadi order la sehari, atau seminggu atau sebulan sedikit jadi kita takde la rasa sangat kos beli barang baby tu, tak gitu? Okay boleh tengok list apa yang nak beli untuk baby kat sini Ha banyak kan benda kecil-kecil yang nak kena beli? Saya start dari bulan ke 5 sampai sekarang nak masuk bulan ke 8 belum lagi settle. Apa benda last sekali untuk beli? Masuk bulan ke